Author Archives: admin

Ketuk-Ketuk Aidifitri

Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.
KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar ‘premium cookies’ iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan.
Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti ‘Butter Anchor’. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis.
Senarai jenis dan harga biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;

Anda boleh dapatkan biskut raya “Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri’ daripada stokis dan agen berhampiran anda.
**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D’nialiciousBlog**

Ketuk-Ketuk Aidilfitri Giveaways by D’nialicious Cakehouse

ketuk-ketuk Aidilftri

Salam

Giveaway kali ni dianjurkan oleh D’nialicious Cakehouse dan ia berlangsung dari 24 Jun 2014 hingga 7 Julai 2014. Hadiahnya adalah seperti di bawah :

Hadiah special untuk warga Terengganu :-

1st prize : 2 kotak biskut dan 1 kek lapis( worth RM 70++!)
2nd prize : 1 kotak biskut dan 1 kek lapis(worth RM 40++!)

Dan

Sekotak biskut raya dari stokis ketuk-ketuk aidilfitri yang bernilai sehingga RM30 setiap seorang untuk 2 orang dari setiap negeri.

P/S : Last minit join. Kalau menang memang rezeki 🙂

Komisen pertama dari 8Share

Hari ni aku nak update pasal 8Share. Kali ni barulah aku berpeluang dapat komisen pertama dari 8Share. Jenuh juga nak mengumpul RM0.20 sehingga mencapai jumlah RM50.

Tapi berjaya juga aku request payout yang pertama dari 8Share. Senang betul nak cashout, bayaran akan dipindahkan secara online transfer ke bank pilihan kita. Tak perlu nak tunggu cek sampai rumah. Cuma yang tak bestnya RM1 akan dipotong sebagai bayaran proses transaksi bank.

Ada yang berminat nak cuba buat duit dengan 8Share? Klik jer kat .

P/S : Aku sedang menanti cek dari churpchurp yang tak sampai-sampai lagi ni……

komisen 8Share