GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)

Jalan-jalan ke blog rakan-rakan blogger tadi, terjumpa post pasal giveaway ni. Bila baca sekali imbas, mesti kena join sebab hadiah yang ditawarkan kalau ada rezeki menang, memang berbaloi.

OK kalau korang nak join giveaway ni, penganjur giveaway ni iaitu Kak Ecah dan Blog Naimy Art ada senaraikan beberapa syarat penyertaan. Syarat-syaratnya adalah seperti di bawah :

  1. LIKE dan FOLLOW :
  2. Copy salah satu banner di dalam post giveaway dan buat satu post dengan tajuk “GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)” dan backlink post anda ke post giveaway di atas.
  3. Tinggalkan link di bahagian komen post giveaway.
  4. Hanya blogger warganegara Malaysia sahaja dibenarkan menyertai giveaway ini.

Hadiah untuk giveaway ini adalah seperti berikut :

  1. Minyak Herba Asmak 30ml bernilai RM39 untuk Pemenang Utama.
  2. Wang tunai RM5 untuk 3 pemenang saguhati.

Tarikh tutup giveaway ni ialah pada 1 Februari 2021 dan pemenang akan diumumkan dalam tempoh masa 2 minggu selepas tamat tarikh GIVEAWAY.

My First Giveaway by Blog Sal

Baru hari ni berkesempatan join giveaway pertama untuk tahun 2021. Giveaway kali ini dianjurkan oleh rakan blogger Sal. Detail giveaway adalah seperti di bawah ini :

  • Tarikh tutup penyertaan – 8 Februari 2021 , 11.59 malam.
  • Syarat giveaway – Follow Blog Sal, buat post berkaitan My First Giveaway by Blog Sal, copy & paste poster giveaway, letak pada entri dan linkkan ke post asal Giveaway.
  • Hantar link giveaway blog penyertaan ke ruangan komen post giveaway Blog Sal.
  • Penyertaan terbuka kepada semua blogger di Malaysia.
  • Hadiah giveaway ialah Fridge magnet dan hadiah misteri (aku pun tak tahu apa dia)

Memang simple syarat-syarat dia. Tinggal rajin atau malas jer nak buat blog post.

Kepada rakan-rakan blogger yang nak join giveaway ni, boleh terus klik banner di atas.

Rujukan Ujian Psikometrik Untuk Kemasukan ke Perkhidmatan Awam

Untuk pengetahuan semua, kaedah penilaian untuk kemasukan ke perkhidmatan awam telah banyak berubah. Dahulu, jika permohonan untuk ke perkhidmatan awam adalah melalui temuduga dan peperiksaan sahaja (bagi jawatan-jawatan tertentu).

Kini, SPA iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mewujudkan satu lagi kaedah penilaian iaitu Peperiksaan Psikometrik.

Apakah Peperiksaan Psikometrik?

Peperiksaan Psikometrik adalah salah satu kaedah penilaian yang digunakan oleh SPA bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan.

Kriteria Penilaian Dalam Ujian Psikometrik

Konsep Ujian Psikometrik direkabentuk oleh SPA bagi mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organisation-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self report) iaitu calon-calon perlu menjawab secara jujur dan paling tepat berkenaan dirinya melalui soalan-soalan atau kenyataan yang disediakan oleh pihak SPA melalui paparan komputer.

Melalui jawapan atau respon daripada calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan calon untuk dipadankan kesesuaian calon dengan kompetensi piawai bagi sesuatu jawatan.

Status LULUS dan GAGAL Ujian Psikometrik?

Kejayaan atau kegagalan seseorang calon bergantung kepada kejujuran calon tersebut melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi kepada sesuatu perkara yang ditanyakan di mana aspek kebolehpercayaan yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.

Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan adalah ramai, penentuan calon lulus juga mengambil kira bilangan calon yang dipanggil ke temuduga. Ia juga berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil temuduga. Contohnya, jika kekosongan jawatan ialan 20, maka jumlah calon yang dipanggil untuk temuduga ialah 200 orang (1:10).

Antara jenis Ujian Psikometrik yang disediakan ialah ;

  1. MBTI (Myres-Briggs Type Indicator)
  2. Personaliti TAJMA
  3. Personaliti Sidek
  4. Personaliti Warna
  5. Ujian Stres
  6. Kerjaya SDS (Self-Directed Search)
  7. Gaya Bercinta
  8. Budi Bahasa
  9. Konsep Kendiri Tennessee (TSCS)
  10. Lokus Kawalan
  11. MPCL (Money Problem Check List)
  12. Persepsi Kendiri
  13. Pengaruh Otak Kiri-Kanan
  14. H-T-P (House Tree Person)

Bagi membantu calon-calon yang akan menghadapi Peperiksaan Psikometrik, Tim Infokerjaya telah menyediakan rujukan pantas iaitu UJIAN PSIKOMETRIK – KEMASUKAN KE PERKHIDMATAN AWAM.

Ujian Psikometrik

Untuk calon-calon Ujian Psikometrik, aku kongsikan tips untuk anda. Jangan ambil ringan tips simple ni!


TIPS PENTING

Tonjolkan nilai POSITIF anda, sembunyikan nilai NEGATIF.

Contoh:

Merokok: NEGATIF
Benci Rokok: POSITIF

Jika anda merokok, semestinya anda cenderung kata rokok positif kan?

Sembunyikan kesukaan anda pada rokok.

Contoh soalan;

Larangan merokok di kedai makan sangat bagus.
(setuju/tidak setuju)

Perokok harus dikenakan kompaun tak kurang RM50,000.
(setuju/tak setuju)

Jawapan nilaian positif pada 2 soalan ini adalah “SETUJU” walaupun anda tak setuju 🙂

Contoh lain bentuk soalan yang mungkin ditanya adalah seperti di bawah ini ;

Untuk tips penuh macam mana nak sukses dalam perangkap UJIAN PSIKOMETRIK, dapatkan rujukan 90+ mukasurat ini di http://azlanbahar.com/ujianpsikometrik

Boleh muat turun preview copy Ujian Psikometrik di sini -> PREVIEW COPY

Aku doakan semoga korang berjaya.