Tag Archives: giveaway

Dapat hadiah dari blog Masyghulonline

Alhamdulillah.

Tak sangka ada rezeki boleh menang hadiah saguhati dari blog masyghulonline. Sebelum ni aku ada join GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants. Itu pun aku dijemput melalui blog aku yang lain yang aku buat khas untuk promote panduan kerjaya.

Pertama sekali tengok syarat2nya, aku postponed dulu nak join sebab aku memang kureng sikit bab nak reka ayat-ayat kreatif ni. Tapi bila tengok ramai yang masuk contest ni dan diorang punya ayat pun tak semua yang buat ayat kreatif, aku fikir apa salahnya cuba untuk kali ini.

So, nak tau macam mana aku cari ayat? Pertama sekali, aku search dalam internet ni semua info yang berkaitan Pelikat Pants. Ye la aku pun bukannnya tau apa2 pun pasal benda ni.

Jadi bila dah jumpa info yang berkaitan, aku gabungkan semua info dan susun ayat supaya menjadi karangan yang ada maklumat dan menarik. Sudahnya sangkut hadiah saguhati. 🙂

Kalau ada lagi contest yang macam ni mungkin aku boleh join lagi untuk asah bakat. Terima kasih kepada blog Masyghul Online.

GIVEAWAY SIREH LOVELY CARES 2014

GIVEAWAY SIREH LOVELY CARES 2014

Salam

Post kali ini berkaitan GIVEAWAY SIREH LOVELY CARES 2014. Ia dianjurkan oleh blogger CikMisi. Setelah aku view secara sepintas lalu blog penganjur, barulah aku tahu yang beliau bertugas sebagai jururawat. Itulah sebabnya mengapa nama blognya ada perkataan “Misi”.

Berbalik kepada Giveaway ini, ia menawarkan hadiah 3 X produk Sireh Lovely Cares dan 2 X Topup RM5. Kalau penyertaan banyak, mungkin hadiah akan ditambah. Setakat yang aku tengok tadi, peserta Giveaway baru 11 orang. Mungkin CikMisi boleh promote lagi Giveaway beliau ni di media-media sosial untuk mendpatkan lebih banyak penyertaan. Ini hanya sekadar cadangan 🙂

Jadi, kepada anda semua yang ada blog dan nak tolong memeriahkan lagi Giveaway CikMisi kita ni, bolehlah join dengan klik banner di atas. Syaratnya pun tak susah mana. Kacang jer 🙂

Lupa nak maklumkan bahawa Giveaway ini akan menutup penyertaannya pada 19 Julai 2014 (11.59 malam).

GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE

GA Cik Anita

Ada GA baru daripada blog Cik Anita. GA berlangsung selama satu bulan dan berakhir pada 14 Ogos 2014.

Hadiahnya ialah pemenang boleh pilih BAJU FREE di AMALNAJWA COLLECTIONS.

2 orang pemenang atau lebih akan dipilih oleh pihak penganjur.

Kalau terpilih sebagai pemenang, nanti suruh orang rumah pilih sendiri baju yang dia berkenan 🙂

Kalau nak join, klik banner di atas.

Tag :
Hasrul Hassan
Anarm