GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants

Aku pertama kali mengetahui pasal pelikat pants ni melalui Afdlin Shauki. Tu pun sebab dia ada cerita yang dia buat bisnes pasal pelikat pants ni di dalam TV.

Tapi sejak akhir-akhir ini pelikat pants ni mula popular pulak, lebih-lebih lagi bila ada peserta Bintang Mencari Bintang yang pakai semasa persembahan mereka.

Dalam masa yang sama, ada juga yang buat promosi dengan menganjurkan giveaway. Kali ini giveaway dianjurkan oleh masyghulonline.blogspot.com. Giveaway ini dianjurkan dari 17 Jun – 8 Julai 2014 dan terbuka kepada semua blogger, dengan syarat mesti follow blog penganjur. Hadiah yang ditawarkan ialah pelikat pants dan thumb drive 8GB.

Untuk menyertai giveaway ini, klik saja banner di atas.

Saya layak untuk memenangi hadiah utama kerana saya ingin merasai pengalaman hebat memakai pelikat pants. Saya suka dengan rekabentuk ekslusifnya yang memenuhi citarasa semua tidak kira tua atau muda. Ia mudah dibawa bersolat kerana potongan pelikat pants adalah melebihi pergelangan buku lali kaki dan amat memudahkan jika membonceng motorsikal disebabkan rekabentuknya yang longgar dan tidak ketat. Ia juga sesuai untuk muslimah kerana potongan rekabentuknya tidak menampakkan susuk tubuh yang ketat dan sesuai dipakai di mana-mana majlis secara santai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *